Sunday, 3 May 2015




Seringkali kita alpa dengan kenikmatan dunia, langsung tidak mempedulikan orang yang masih memerlukan. Itulah yang dipanggil manusia, sering membuat kesilapan. Jikalaulah setiap manusia boleh merasakan hal yang sama sebagaimana seorang ibu tunggal bertungkus lumus mencari nafkah untuk anaknya, sudah tentu mereka bersujud syukur atas nikmat Allah yang telah diberikan kepada mereka. Namun, tidaklah manusia mampu bangun sendiri tanpa bantuan sekeliling. Manusia semua diberikan cabaran untuk menilai sejauh mana harga iman mereka. Samaada tetap utuh, atau kadang-kadang ada naik dan turun seperti sesuatu timbangan malah langsung tiada iman?? Mari kita bersama-sama mengambil iktibar dari segala perbuatan kita samaada telah dibuat dan mahu dibuat.

 Jangan sedih mengenang nasib diri, sesungguhNya Allah sedang memberi yang terbaik untuk kita melalui dugaan dan cabaran yang telah diberikan.Ingatlah, kita menjadi manusia hanyalah kerana satu, menjadi hambaNya kerana kita sebelum dilahirkan, kita telah berjanji kepada Allah. Jika dibandingkan manusia yang lebih mengejar harta, mereka seolah-olah telah kehilangan warna dalam kehidupan mereka. Bagaikan hidup ini hanya untuk kesenangan di dunia semata-mata dan selepas itu APA??? Masih hidup dalam kekayaan dan harta?? Tidak sama sekali. Kehidupan seterusnya sedang menanti iaitu akhirat. Manusia zaman sekarang acap kali lupa bagaimana azabnya setelah mati atau barangkali telah kalah dalam pertarungan. Pertarungan melawan bisikan syaitan, syaitan akan terus-menerus menyesatkan anak Adam semua. Hanya kerana syaitan mengingkari perintah Allah iaitu bersujud kepada nabi Adam, mereka telah bersumpah untuk menyesatkan anak-anak Adam.

Dan tidaklah bagi mereka untuk menjadi kuat setelah diberikan ujian daripada Allah s.w.t. Mereka yang mampu melawan bisikan syaitan yang setelah dibisikkan, menempuh segala dugaan yang Allah telah berikan. Sesunggunya mereka diantara orang yang beriman dan insyaAllah diberi ganjaran syurga firdaus. Segala penulisan dalam blog ini, dikarang berdasarkan pengalaman dan niat memberi kesedaran kepada semua.
Walaupun didunia ini, mereka yang diberi ujian berat anggap bagaikan sudah tidak berdaya menempuhinya tetapi percayalah mesti ada ganjarannya jika kita mentaati dan tidak melangari arahanNya.

And kita juga akan kuat, kuat hati, kuat iman dan kuat segala-galanyalah.. segala-galanya tu jangan percaya sangat :)

So,conclusion nya, kita semua manusia wajib lagi dah confirm semuanya kena ujian,dugaan dan cabaran. Kalau kita berjaya menempuhinya, kita akan jadi kuat. Strong enough to beat John Cena hehe, yang tu berangan tahap melampau :) . Nia karang blog ni dari tadi serius tahap mengalahkan professor tetibe jadi kanak-kanak ribena, sorry ea...harap maaf diampun, korang jangan nak cakap sorry naik lori pulak. Kempunan sorry naik lori pulak Nia jadinya..hmm. Nia just nak memberi kesedaran kepada semua sebab dari pengalaman Nia tengok orang,kisah orang yang berada disekeliling Nia..it was true and had been proven. Tapi xnaklah korang bace entry Nia this time, tetibe jadi insaf pastu nak balik mcm dulu, so xnaklah, xbest mcm tu..Take your time, nama pun belajar.Adat belajar juga ada naik turunnya.

Okayy, Hope you have a great life to travel, because your chance only once in this world :)

No comments:

Post a Comment