Dorong kami ke jalan yang lurus..Betul,kedengaran seperti sepotong ayat yang biasa akan tetapi mempunyai maksud yang mendalam.Setiap orang akan mengalami susahnya apabila terjatuh.Seperti kehidupan kita,kita mungkin akan rasa kosong dan dahagakan sesuatu yang hilang iaitu erti kehidupan.Kita mencari makna kehidupan yang sebenar walaupun sudah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t..Jangan dengar,tu hasutan syaitan,dia nak menyesatkan kita.Sekali terjatuh,berkali jatuhnya.Langit biru yang terang bersama awan-awan putih sungguh tenang.Satu perkataan untuk mengambarkan semuanya 'cantik',cantik sehingga jemari-jemari ingin menyentuhnya,Awan bergerak berubah bentuknya di ketinggian yang tidak mampu kita berada menunjukkan kebesaranNya.Justeru itu,kita harus tahu,kita hidup sebagai hamba Allah,hanya untukNya.InsyaAlah semuanya akan okayy,selagi kita kembali kepadaNya dan menerima Islam sebagai agama terbaik agar tidak sesat dan berada di jalan yang lurus.
Ni lagu Maher Zain-radhitu billahi rabba
(One of the my favorite hehe :) )
Enjoy,Assalamualaikum
.jpg)
No comments:
Post a Comment